:: berita penting !! ::

1) Dari Harian Metro :



KUALA LUMPUR: Isu penyebaran SMS secara meluas yang menyeru pengguna
supaya tidak mengambil minuman seperti Pepsi, Tropicana, 7up dan beberapa
minuman lain kerana mempunyai campuran darah yang
dijangkiti penyakit HIV adalah PALSU.
Naib Presiden Pemasaran Permanis Sdn Bhd, Hemalatha Ragavan,
berkata ada individu yang cuba menyebarkan SMS palsu itu tanpa usul periksa.

Perkara itu dipercayai ditulis dalam sebuah laman web dari luar negara
pada Julai lalu mengenai insiden darah HIV kononnya sengaja
dicampurkan dalam minuman popular dan maklumat tidak dipercayai
rakyat negara itu sendiri.

2) Dari blog-blog lain :

Banyak blogger yang survey macam mana HIV boleh berjangkit.
So jaja tanak la tulis kat sini kan..sebab korang boleh
menggoogle sendiri jugak kan..hihi ^_____^
Tapi rata-rata dari yang jaja baca lah kan,
HIV ni memang tak boleh berjangkit kalau kite minum air
yang telah bercampur dengan darah HIV tu.

Tapi yelah kan, jaja pon manusia.
Korang pon manusia.
So, kalau ragu-ragu, TAK PAYAH minum.
Tu untuk menyedapkan hati kita la kan kan kan.

Kalau ikut content SMS tu pon tak logik la sikit.
Sebab kata jangan minum dalam beberapa hari akan datang.
Air pepsi dan yang lelain tu kan ditinkan, dibotolkan,
amik masa berbulan jugak tu baru kita nak beli.
So bukan beberapa hari la kite jangan minum.
Kalau boleh jangan minum sampai setahun.
Atau jangan minum langsung.
Puas hati kite semua kan.
Tak perlu risau lagi... ^_____^

0 comments:

Post a Comment